Kata Tunggal dan Kata Majmuk

Morfologi dalam Bahasa Melayu

Morfologi adalah bahagian pertama dalam kertas dua subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Ia adalah bahagian yang sangat penting untuk membantu calon mencapai keputusan cemerlang. Dengan memahami dan menguasai morfologi secara menyeluruh, calon boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan markah tambahan yang berharga dalam peperiksaan ini. Jadi, berusahalah dengan gigih dalam bahagian ini kerana ia memberikan peluang untuk meraih kejayaan lebih besar.

Hari ini, kita akan belajar contoh soalan yang akan ditanya dalam bahagian morfologi, iaitu kata tunggal dan kata majmuk.

Kata Tunggal

Maksud: Kata-kata yang tidak menerima sebarang imbuhan atau pergandaan

Kata Tunggal Satu Suku Kata

Maksud: Ini adalah kata yang terdiri dari satu suku kata

Contoh: pen, bas, bot

Kata Tunggal Dua Suku Kata

Maksud: Ini adalah kata yang terdiri dari dua suku kata

Contoh: buku, rumah, kucing

Kata Tunggal Tiga Suku Kata

Maksud: Ini adalah kata yang terdiri dari tiga suku kata

Contoh: gembira, selamat, gemuruh

Kata Tunggal Empat Suku Kata

Maksud: Ini adalah kata yang terdiri dari empat suku kata

Contoh: anugerah, sambalewa, Terengganu

Kata Tunggal Suku Kata Terbuka

Maksud: Ini adalah kata yang berakhir dengan huruf vokal dan bilangan abjad adalah genap

Contoh: buka, bagasi, bangsa

Kata Tunggal Suku Kata Tertutup

Maksud: Ini adalah kata yang berakhir dengan huruf konsonan dan bilangan abjad adalah ganjil

Contoh: Untuk, Kambing, Tutup

Jom kita menjawab soalan morfologi di bawah

Kerap kali Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan masyarakat antarabangsa bahawa COVID-19 tidak mengenalbangsa atau usia. Ada segelintir masyarakat di negara ini masih gagal mengambil pengajaran daripada kejadian yang berlaku. Golongan ini mengambil ringan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Hakikatnya, tiga pihak, iaitu rakyat, kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlulah menjalinkan kerjasama dan memainkan peranan masing-masing dalam memerangi penularan penyakit berjangkit ini.

Berapa contoh yang boleh anda beri untuk setiap jenis kata tunggal di bawah:
1) Kata Tunggal Satu Suku Kata
2) Kata Tunggal Dua Suku Kata
3) Kata Tunggal Tiga Suku Kata
4) Kata Tunggal Empat Suku Kata
5) Kata Tunggal Suku Kata Terbuka
6) Kata Tunggal Suku Kata Tertutup

Kata majmuk

Maksud: Dua kata dasar yang dirangkaikan untuk membawa makna yang tertentu

1) Kata majmuk mantap/bercantum

Maksud: penggabungan dua patah perkataan untuk menhasilkan perkataan yang membawa maksud tertentu

Contoh: Tandatangan, matahari, antarabangsa

2) Kata majmuk berganda

Maksud: perkataan majmuk yang terbentuk daripada penggabungan dua atau lebih perkataan yang bermakna sendiri

Contoh: alat-alat tulis, gambar-gambar rajah, balai-balai raya

3) Kata majmuk berimbuhan

Maksud: perkataan majmuk yang terbentuk daripada penggabungan perkataan asal dengan imbuhan

Contoh: penguatkuasaan, Mengemaskinikan, melipatgandakan

4) Kata majmuk kiasan

Maksud: Kata majmuk yang bermaksud simpulan bahasa

Contoh: rendah diri, ringan tulang, ada hati

5) Kata majmuk istilah khusus

Maksud: Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus.

Contoh: kertas kerja, cari gali, reka bentuk

6) Kata majmuk bebas/terpisah

Maksud: perkataan majmuk yang berdiri sendiri tanpa bergantung kepada perkataan asal

Contoh: alat tulis, meja tulis, biru laut

7) Kata Majmuk Gelaran

Maksud: perkataan majmuk yang digunakan untuk merujuk kepada seseorang atau sesuatu dengan menambahkan gelaran khusus

Contoh: Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri

Soalan 1

Ketika berada di pusat bandar yang sentiasa hidup, kita sering bertemu dengan pelbagai jenis manusia yang membawa serta keunikannya masing-masing. Sesetengah mereka membawa bersama senyuman yang mengembirakan, manakala yang lain membawa bebanan masalah yang berat di bahu. Di tengah-tengah kepekatan kehidupan bandar, kita dapat menyaksikan kepelbagaian dan keindahan dalam setiap peristiwa yang berlaku. Pada hakikatnya, kehidupan bandar ini adalah sebuah percampuran budaya, latar belakang, dan pengalaman yang membentuk masyarakat majmuk yang dinamik.



Dalam petikan di atas, sila mencari 4 kata majmuk:
1) ______________
2) ______________
3) ______________
4) ______________

Soalan 2

Di dalam pasar raya yang sibuk pada hari Sabtu, suasana menjadi semakin hidup dengan kehadiran pelanggan yang berpusu-pusu mencari barangan keperluan harian. Di antara rak-rak yang penuh dengan pelbagai produk, kita dapat melihat keseharian masyarakat tempatan yang mencerminkan kepelbagaian budaya dan kehidupan moden. Dari ibu-ibu yang sibuk memilih sayur-sayuran segar hingga remaja yang berbual-bual dengan riang di koridor, pasar raya ini memperlihatkan pemandangan masyarakat majmuk yang bersatu padu dalam aktiviti harian mereka. Keunikan ini mencipta satu atmosfera yang dinamik, mencerminkan kekayaan dan kesinambungan kehidupan dalam sebuah bandaraya yang sentiasa berkembang.


Dalam petikan di atas, sila mencari 3 kata majmuk:
1) ______________
2) ______________
3) ______________

Soalan 3

Pada hari yang cerah, saya meluangkan masa di taman yang dikelilingi oleh kehijauan pepohonan dan keindahan bunga-bungaan yang beraneka warna. Di situ, saya berjumpa dengan sekelompok kanak-kanak yang sedang asyik bermain permainan tradisional yang mereka cipta sendiri. Mereka dengan penuh semangat berlari-lari sambil mengejar bola dan saling bersembunyi di sebalik pohon-pohon besar. Permainan yang mereka mainkan merupakan hasil daripada kombinasi idea kreatif masing-masing, mencipta satu atmosfera yang penuh keceriaan dan kegembiraan. Keberagaman dan kecerdikan dalam permainan mereka mencerminkan semangat masyarakat majmuk di mana idea dan kreativiti bersatu padu untuk mencipta sesuatu yang unik.

Dalam petikan di atas, sila mencari 4 kata majmuk:
1) ______________
2) ______________
3) ______________
4) ______________

Morfologi dalam Bahasa Melayu

Morfologi dalam Bahasa Melayu

Morfologi adalah bahagian pertama dalam kertas dua subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Ia adalah bahagian yang sangat penting untuk membantu calon mencapai keputusan cemerlang. Dengan memahami dan menguasai morfologi secara menyeluruh, calon boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan markah tambahan yang berharga dalam peperiksaan ini. Jadi, berusahalah dengan gigih dalam bahagian ini kerana ia memberikan peluang untuk meraih kejayaan lebih besar.

Hari ini, kita akan belajar contoh soalan yang akan ditanya dalam bahagian morfologi, iaitu kata tunggal dan kata majmuk.

Kata Tunggal

Maksud: Kata-kata yang tidak menerima sebarang imbuhan atau pergandaan

Kata Tunggal Satu Suku Kata

Maksud: Ini adalah kata yang terdiri dari satu suku kata

Contoh: pen, bas, bot

Kata Tunggal Dua Suku Kata

Maksud: Ini adalah kata yang terdiri dari dua suku kata

Contoh: buku, rumah, kucing

Kata Tunggal Tiga Suku Kata

Maksud: Ini adalah kata yang terdiri dari tiga suku kata

Contoh: gembira, selamat, gemuruh

Kata Tunggal Empat Suku Kata

Maksud: Ini adalah kata yang terdiri dari empat suku kata

Contoh: anugerah, sambalewa, Terengganu

Kata Tunggal Suku Kata Terbuka

Maksud: Ini adalah kata yang berakhir dengan huruf vokal dan bilangan abjad adalah genap

Contoh: buka, bagasi, bangsa

Kata Tunggal Suku Kata Tertutup

Maksud: Ini adalah kata yang berakhir dengan huruf konsonan dan bilangan abjad adalah ganjil

Contoh: Untuk, Kambing, Tutup

Jom kita menjawab soalan morfologi di bawah

Kerap kali Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan masyarakat antarabangsa bahawa COVID-19 tidak mengenalbangsa atau usia. Ada segelintir masyarakat di negara ini masih gagal mengambil pengajaran daripada kejadian yang berlaku. Golongan ini mengambil ringan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Hakikatnya, tiga pihak, iaitu rakyat, kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlulah menjalinkan kerjasama dan memainkan peranan masing-masing dalam memerangi penularan penyakit berjangkit ini.

Berapa contoh yang boleh anda beri untuk setiap jenis kata tunggal di bawah:
1) Kata Tunggal Satu Suku Kata
2) Kata Tunggal Dua Suku Kata
3) Kata Tunggal Tiga Suku Kata
4) Kata Tunggal Empat Suku Kata
5) Kata Tunggal Suku Kata Terbuka
6) Kata Tunggal Suku Kata Tertutup

Kata majmuk

Maksud: Dua kata dasar yang dirangkaikan untuk membawa makna yang tertentu

1) Kata majmuk mantap/bercantum

Maksud: penggabungan dua patah perkataan untuk menhasilkan perkataan yang membawa maksud tertentu

Contoh: Tandatangan, matahari, antarabangsa

2) Kata majmuk berganda

Maksud: perkataan majmuk yang terbentuk daripada penggabungan dua atau lebih perkataan yang bermakna sendiri

Contoh: alat-alat tulis, gambar-gambar rajah, balai-balai raya

3) Kata majmuk berimbuhan

Maksud: perkataan majmuk yang terbentuk daripada penggabungan perkataan asal dengan imbuhan

Contoh: penguatkuasaan, Mengemaskinikan, melipatgandakan

4) Kata majmuk kiasan

Maksud: Kata majmuk yang bermaksud simpulan bahasa

Contoh: rendah diri, ringan tulang, ada hati

5) Kata majmuk istilah khusus

Maksud: Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus.

Contoh: kertas kerja, cari gali, reka bentuk

6) Kata majmuk bebas/terpisah

Maksud: perkataan majmuk yang berdiri sendiri tanpa bergantung kepada perkataan asal

Contoh: alat tulis, meja tulis, biru laut

7) Kata Majmuk Gelaran

Maksud: perkataan majmuk yang digunakan untuk merujuk kepada seseorang atau sesuatu dengan menambahkan gelaran khusus

Contoh: Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri

Soalan 1

Jam telah menunjukkan pukul Sembilan pagi. Jalan raya masih lenggang dan beberapa kenderaan yang lalu boleh dikira dengan jari. Keadaan ini memang luar biasa kerana selalunya jalan ini sesak sehingga kenderaan tersekat berjam-jam lamanya. Bandar raya menjadi kosong. Sesekali kenderaan bunyi deruman lori membawa muatan. Terima kasih rakyat Malaysia kerana menyahut seruan kerajaan supaya duduk diam-diam di rumah. Itulah penangan wabak pandemic COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia. Kita sebagai warganegara Malaysia hendaklah mematuhi saranan kerajaan demi kebaikan Bersama.

Dalam petikan di atas, sila mencari 4 kata majmuk:
1) ______________
2) ______________
3) ______________
4) ______________

Soalan 2

Pengerusi majlis memberitahu para hadirin bahawa perbincangan mereka pada hari itu akan menjurus kepada masalah setinggan di sekitar pekan tersebut. Beliau meminta mereka memikirkan bagaimana masalah tersebut boleh diselesaikan. Beliau menyatakan rasa dukacita beliau kerana masalah tersebut masih berterusan walhal pelbagai tindakan telahpun diambil. Oleh itu, beliau menyeru kepada semua yang hadir agar memberikan kerjasama untuk membanteras masalah itu.

Dalam petikan di atas, sila mencari 3 kata majmuk:
1) ______________
2) ______________
3) ______________

Soalan 3

Seorang suri rumah kerugian lebih RM5,000 selepas terpedaya dengan promosi pelaburan saham melalui laman sosial Instagram kelmarin. Mangsa turut dijanjikan hadiah percuma berupa telefon pintar Iphone selain peluang keuntungan lebihtinggi secara berperingkat hasil pelaburan itu. Walau bagaimanapun, 'pelaburan' wanita yang gelap mata itu lesap sebanyak RM5,289 tetapi keuntungan yang dijanjikan tidak dibayar. Mangsa membuat bayaran pelaburan melalui transaksi perbankan Internet ke akaun bank yang diberikan suspek pada 6 Julai lalu. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Maran, kelmarin.

Dalam petikan di atas, sila mencari 4 kata majmuk:
1) ______________
2) ______________
3) ______________
4) ______________

No comments:

Post a Comment

The Evolution of Computer Science

The Evolution of Computer Science: From Ada Lovelace to Artificial Intelligence The field of computer science has come a long way since Ada ...