Sains Komputer Tingkatan 4

 

Inilah nota ringkas yang saya buat setelah memerhatikan segala kertas sebenar SPM serta kertas-kertas percubaan tahun lepas yang membantu saya skor dalam SPM. Semoga nota tersebut membantu adik-adik sekalian untuk menjawab kertas Sains Komputer.

Bab 1 Pengaturcaraan

1.1 Strategi Penyelesaian Masalah

Maksud Masalah (1m): Keraguan, situasi yang tidak diingini, cabaran dan peluang yang dihadapi dalam kehidupan.

Maksud Penyelesaian Masalah (1m): Proses mengkaji butiran-butiran masalah untuk menjana sesuatu penyelesaian.

Maksud sintaks (1m): Peraturan yang diperlukan oleh komputer untuk melaksanakan arahan 

Kepentingan strategi penyelesaian masalah (2-4m):

  1. Meningkatkan kemahiran berfikir
  2. Menggalakkan pembelajaran sendiri
  3. Mewujudkan komunikasi dua hala
  4. Membantu perkembangan sesuatu konsep

Empat pemikiran komputasional (4m)

Teknik Leraian: Memecah masalah kepada bahagian kecil
Teknik Pengecaman Corak: Mencari persamaan antara masalah ( Menyusun unsur mengikut urutan)
Teknik Peniskalaan: Menjana penyelesaian yang tepat kepada masalah yang dihadapi
Teknik Algoritma: Penyelesaian langkah demi langkah

 Ciri-ciri penyelesaian masalah berkenaan (3m)

1) Kos yang menjimatkan

Maksud: Harga yang perlu dibayar untuk memperoleh, mengeluarkan dan menyelenggara

Terdapat 3 jenis kos:

2) Masa yang ditetapkan

Kepentingan masa (5m) sekurang-kurangnya ingat 3

  1. Mengetahui senarai aktiviti projek
  2. Mengetahui bila aktiviti bermula dan berakhir
  3. Mengetahui tempoh masa projek
  4. Mengetahui aktiviti-aktiviti bertindih
  5. Mengetahui tarikh mula dan tarikh projek tamat

Instrumen soal selidik (2m)

Carta Gantt 
Maksud (1m): Jadual perancangan untuk melihat perkembangan semua aktiviti projek mengikut tempoh masa


Carta Pert
Maksud (1m): Alat pengurusan projek untuk menguruskan projek

3) Sumber yang mencukupi

Diperlukan untuk menjana hasil atau perkhidmatan seperti sumber manusia, sumber kewangan dan sumber teknologi

Jom lihat soalan-soalan KBAT tersebut💥

Berdasarkan gambar di atas, pilih jalan yang terbaik untuk dilalui dan berikan justifikasi anda. Terangkan dari aspek

- kos
- masa
- sumber

Panduan menjawab
- nyatakan beberapa pilihan (Jalan A,Jalan B, Jalan C)
- nyatakan ciri-ciri semua pilihan
- pilih pilihan yang paling sesuai dan bandingkan dengan pilihan lain

Contoh:
- kos ( tol banyak/kurang)
- sumber (penggunaan kenderaan,petrol kereta)
- masa (lebih singkat/lebih lama)

Proses penyelesaian masalah 💥💥💥 (sangat penting, hampir keluar untuk setiap kertas percubaan)

1) Kumpul dan analisis data (2m)
  • Sejauh manakah masalah itu memberi kesan
  • Bilakah masalah itu perlu diselesaikan
2) Tentukan Masalah (1m)
  • Perbincangan bersama pelanggan
3) Jana idea (hapus halangan) (1m)
  • Mengenal pasti idea yang dapat menyelesaikan masalah
4) Jana penyelesaian (1m)
  • Menjana idea atau langkah semasa merancang penyelesaian
5) Tentukan tindakan (3m)
  • Apakah pilihan yang perlu diberi perhatian
  • Dapatkah idea ini menyelesaikan masalah yang dihadapi
  • Membuat pilihan terbaik
6) Laksanakan penyelesaian
7) Buat pilihan(2m)
  • Penilaian dilaksanakan terhadap langkah
  • Jika tidak menepati tahap yang memuaskan, cari tindakan lain
8) Buat penyelesaian (1m)
  • Menerima maklum balas untuk penambahbaikan

1.2 Algoritma (biasanya ditanya pada bahagian B yang minta calon untuk melukis carta alir/menulis psudokod)

Maksud Algoritma (1m): satu set arahan untuk menyelesaikan masalah

Ciri-ciri algoritma (3m):

  1. Butiran Jelas
  2. Boleh dilaksanakan
  3. Mempunyai batasan

2 format algoritma (2m):

1)Psudokod

Maksud (1m) : Senarai struktur kawalan komputer yang ditulis dalam bahasa pertuturan manusia dan mempunyai nombor turutan

Ciri (2m) : 

  • arahan ditulis dalam bahasa pengaturcaraan
  • setiap arahan diletakkan dalam baris baharu dan diberikan nombor siri    

2)Carta Alir

Maksud(1m) : Alternatif kepada psudokod menggunakan simbol grafik untuk mewakili arahan-arahan tertentu

***Ingat Nama nod dan cara melukis

Jenis input(2m)

  • input melalui papan kekunci
  • input melalui umpukan

Langkah menulis algoritma

  1. Tulis algoritma
  2. Uji algoritma
  3. Pembetulan
  4. Pengaturcaraan

Langkah-langkah pengujian algoritma(4m)

1) Kenal pasti output dijangka
2) Tentukan output diperoleh
3) Bandingkan output dijangka dengan output diperoleh
4) Membaiki ralat dalam algoritma

Ciri-ciri algoritma yang diuji (4m):

  1. mudah difahami
  2. lengkap
  3. efisien
  4. memenuhi kriteria reka bentuk

Jenis struktur kawalan (akan diterangkan secara terperinci dalam 1.4) :

  1. Struktur kawalan urutan
  2. Struktur kawalan pilihan
  3. Struktur kawalan ulangan

Jenis ralat (akan diterangkan secara terperinci dalam 1.5):

  1.  Ralat sintaks
  2.  Ralat masa larian
  3.  Ralat logik

1.3 Pemboleh ubah, pemalar dan jenis data

Maksud pemboleh ubah (1-2m): Ruang simpanan sementara untuk nombor,teks dan objek yang menentukan saiz data dalam ingatan

Maksud pemalar: Nilai yang tetap dan tidak akan berubah

Maksud nombor nyata: Nombor yang terdiri daripada nombor yang mempunyai titik perpuluhan atau pecahan



Sebab pemilihan jenis data penting dalam menulis atur cara (2m):
  • supaya atur cara dapat dibangunkan tanpa ralat sintaks
  • dapat menentukan jenis maklumat yang disimpan dalam ruangan ingatan yang diperuntukkan mengikut jenis data


Data primitif vs data bukan primitif (jarang ditanya)



Jenis pemboleh ubah (1-3m) boleh ditanya dalam bentuk perbandingan, benar/palsu, pernyataan ciri💥


* Pemboleh ubah sejagat juga dikenali sebagai pemboleh ubah statik

Kata kunci💥
pemboleh ubah sejagat: static/global variable
pemboleh ubat setempat: local variable/hanya jenis data ditulis sebelum pemboleh ubah

Jenis pernyataan(2m):

Pernyataan umpukan
- satu atau lebih ungkapan yang lain

Contoh (1m): hargasehari= 100.00

Pernyataan aritmetik
-terdiri daripada satu atau lebih operasi aritmetik

Contoh(1m): jumlahbayaran=hargasehari*2

Pengisytiharan pemalar dalam bentuk

Java (1m) : setkan pemalar final (Jenis data) (nama pemalar)= (nilai)
Contoh: setkan pemalar final float pi=3.142

Javascript (1m): const(jenis data))(nama)=(nilai)
Contoh: const float pi = 3.142

1.4 Struktur kawalan

Sturktur kawalan dibahagikan kepada 3 jenis

Struktur kawalan urutan:

Maksud(1m) : struktur kawalan yang melaksanakan arahan komputer 1 per 1

Perkataan dalam nod input: baca,input,dapatkan    
* Cara mengingat: BID

Perkataan dalam nod output:papar, output, tulis 
* Cara mengingat: POT

Struktur kawalan pilihan: 

Maksud (1m): struktur kawalan yang membuat keputusan berasaskan syarat yang ditetapkan untuk membandingkan (input) yang dimasukkan oleh pengguna sama ada memenuhi syarat atau tidak

*kalau dia beri situasi, tukar perkataan input kepada input yang syaratnya perlu diuji

syarat yang digunakan ialah ungkapan logik yang menghasilkan benar atau palsu

Jenis struktur kawalan pilihan(akan tanya jenis dalam soalan (1m))
1) struktur kawalan pilihan if: hanya ada syarat benar

                                                          


2) struktur kawalan pilihan if-else: membuat keputusan dalam sesuatu atur cara

                                                   


3) struktur kawalan pilihan if-else-if: membuat keputusan yang lebih kompleks 

4) struktur kawalan pilihan switch-case: untuk mengatasi kekurangan if-else-if kerana mudah difahami

Cara menulis algoritma struktur kawalan switch-case

*tukar bahagian pengulangan dalam if-else-if kepada kod tersebut

switch (pemboleh ubah){
case (nombor) :
       System.out.println ("mesej yang hendak dipaparkan");
       break;
* tulis kod di atas untuk setiap pilihan 

default:
      System.out.printIn ("mesej yang hendak dipaparkan (biasanya pilihan terakhir/ beritahu pengguna tiada pilihan tersebut) ")
      }
   }

Struktur kawalan pengulangan

Maksud (1-2m): Proses (pengulangan) akan dilakukan berulang kali sehingga menerima syarat berhenti atau mencapai bilangan yang ditetapkan. Setelah ( memenuhi syarat yang diminta), atur cara akan tamat.

*kalau dia beri situasi, tukar perkataan pengulangan kepada proses yang perlu diulang dan "memenuhi syarat yang diminta" kepada syarat yang ditulis dalam soalan

Jenis struktur kawalan pengulangan

Ungkapan syarat terbahagi kepada 2 jenis (2m):

Operator hubungan
                                               


* Ungkapan logik (ungkapan yang mempunyai operator hubungan)
Contoh soalan : Cari ungkapan logik berdasarkan atur cara di bawah

if umur>=21
   Papar : "anda layak mengundi"

Jawapan: if umur >=21

Operator logikal


* Contoh: Markah == 100
Nyatakan nama setiap komponen (3m)

Markah= pemboleh ubah
==  = operator perbandingan
100 = nilai syarat

Notasi atur cara = + - * /

* % = memulangkan baki
   //  = memulangkan nombor bulat

Operator increment dan operator decrement  (pelajar diminta untuk menulis operator-operator tersebut dalam proses untuk soalan for/while loop(1m) )

Operator increment (++) : penambahan nilai pemboleh ubah bagi bilangan nombor tertentu
Ungkapan: i+=1
Makna: i=i+1

Operator decrement (--): mengurangkan nilai pemboleh ubah bagi bilangan nombor tertentu
Ungkapan: i-=1
Makna: i=i-1

Math.random
Maksud(1m): subaturcara yang menjana nombor secara rambang
Contoh: (int)(Math.random()*10)+1
Maksud: Menjana nombor rambang dari 1 hingga 10

1.5 Amalan terbaik pengaturcaraan

Amalan/Elemen Terbaik: Teknik atau methodologi yang telah dibuktikan melalui sesuatu pengalaman atau kajian yang boleh dipercayai untuk mendapatkan hasil yang diingini


4 Amalan Terbaik Pengaturcaraan (4m)

Inden yang konsisten
  • menyebabkan atur cara mudah dibaca dan difahami
* Perhatikan kedudukan kod atur cara dalam sesuatu baris

Jenis data yang sesuai
  • saiz pemboleh ubah tidak terlalu besar atau kecil
  • memelihara sumber
*Perhatikan jenis data

Pemboleh ubah yang bermakna
  • tidak bermula dengan nombor
  • tidak menggunakan ruang kosong
  • nama yang bermakna dan mudah difahami
*Perhatikan nama pemboleh ubah

Komen yang ditulis dengan jelas
Tujuan/Fungsi(1m)
  • untuk menerangkan fungsi kod
  • memenuhi ruang lajur pengekodan
*Perhatikan tanda komen

Jenis ralat algoritma💥💥💥 (biasanya soalan minta calon untuk mencari ralat dalam atur cara diberi)

Ralat sintaks
-kesalahan tatabahasa
-penggunaan objek atau aksara yang tidak dikenali

Ralat masa larian
-atur cara terganggu( tiba-tiba berhenti)
-pembahagian digit dengan 0
-mencari punca kuasa dua bagi dua nombor negatif

Ralat logik
-atur cara tidak berfungsi seperti yang diingini
-jarang/tidak dapat dikesan

Tips untuk menjawab

1) Perhatikan sama ada wujudnya kesalahan tatabahasa( semua tanda seperti  " } ; )
2) Perhatikan sama ada jenis data yang sesuai digunakan
3) Perhatikan sama ada ejaan untuk pemboleh ubah betul atau tidak ( huruf besar, ejaan)
4) Perhatikan sama ada operasi yang digunakan ( + - * /) adalah betul atau tidak

Gaya atur cara yang baik(3m)

Guna nama pemboleh ubah yang bermakna

(Biasanya akan tanya maksud komen sebanyak 1-2m)

Pemboleh ubah yang bermakna

-mempunyai ejaan ringkas dan betul


Inden yang konsisten

-penulisan atur cara memudahkan pembacaan

1.6 Struktur data dan modular

Maksud struktur data: kaedah menyimpan secara tersusun data-data dalam ingatan supaya senang dicapai untuk menjadi maklumat

Data boleh disusun dalam bentuk (5m):

  • tatasusunan (array)
  • vector (vetor)
  • senarai pautan (linked list)
  • timbunan (stack)
  • giliran (queue)

Maksud Tatasusunan (1-2m): pemboleh ubah yang membolehkan koleksi beberapa nilai data(elemen) dalam satu-satu masa dengan menyimpan setiap elemen dalam ruang memori berindeks

Perkara penting semasa menjawab soalan
Jenis data: tukar kepada jenis data sesuai mengikut soalan
namaTatasusunan: tulis nama tatasusunan yang diberi dalam soalan
saiz tatasusunan: jumlah bilangan unsur

Pengisytiharan tatasusunan (1-2m):

jenis data [ ] namaTatasusunan;
namaTatasusunan= new jenisData[ saiz tatasusunan];

Contoh: int [ ] senaraiMarkah;
senaraiMarkah= new int [6];

*Kalau soalan hanya minta 1 markah tulis (namaTatasusunan= new jenisData[ saiz tatasusunan];) sahaja

Pengisytiharan dengan menggunakan Javascript(1m):

var(nama medan)=["rekod"]

Kebaikan pengisytiharan tatasusunan:

- keupayaan untuk merujuk unsur-unsur tatasusunan melalui nombor
- membolehkan kita menggunakan pemboleh ubah yang dipanggil subskrip untuk merujuk unsur dalam tatasusunan

Pengumpukan tatasusunan

- selepas diiisytihar, nilai diumpuk dengan memanggil elemen-elemen tatasusunan satu-persatu


Contoh tatasusunan:

senaraiMarkah "34"  "56"   "78"   "89"   "56"    "95"
                          [0]     [1]      [2]     [3]      [4]      [5]

Labelkan setiap komponen (3m)

senaraiMarkah = nama Tatasusunan
"34"  "56"   "78"   "89"   "56"    "95"  = elemen-elemen
[0]     [1]      [2]     [3]      [4]      [5] =Indeks

Tuliskan kod java/atur cara untuk pengumpukan/pencetakan elemen 34 (1m):

Cara menulis: System.out.println (Nama tatasusunan [nombor indeks] ); 
namaTatasusunan: tulis nama tatasusunan yang diberi dalam soalan
nombor indeks: tulis nombor indeks untuk elemen tersebut (bermula dengan 0)

Jawapan: System.out.println (senaraiMarkah[0]);

Tuliskan pengumpukan nilai awal tatasusunan (1-2m):

int senaraiMarkah [] = {34, 56,78, 89, 56,95}

labelkan komponen-komponen berikut (2m):

int senaraiMarkah [] = pengisytiharan
{34, 56,78, 89, 56,95} = pengumpukan nilai awal

Subatur cara

- baris-baris kod komputer yang boleh dihumpun dan dibahagi kepada modul-modul

Kebaikan-kebaikan menggunakan subatur cara:

- mudah digunakan semula
- projek kompleks menjadi ringkas
- mudah menangani projek komputer
- membolehkan tugasan dibahagikan kepada ahli kumpulan
- mudah diuji, dinyahpijat dan dibaiki

Pernyataan dalam atur cara:

-menerima input data
-memproses data
- memaparkan maklumat

Labelkan komponen header subatur cara (4m):

static void subatur01 ()

static: Kata kunci khas
void: Jenis data pulangan
subatur01: Nama subatur cara
(): bekas parameter

public static void main (String [ ] args) {}

public static: kata kunci khas
void: Jenis data pulangan
main: Nama wajib
(String [ ] args) {}: parameter wajib

public static void main (String [ ] args) : Pengepala
{}: Badan
String [ ] args : tidak mengembalikan data tetapi mengembalikan kawalan


Komponen-komponen dalam Header subatur cara

Kata kunci khas

-tanpa kunci ini, subatur cara tidak dapat digunakan
-perkataan "public" membolehkan subatur cara diakses dari mana-mana kod projek
-perkataan "static" subatur cara boleh digunakan secara langsung tanpa objek

Jenis data pulangan (pernah ditanya jenis data yang dipulangkan dan sebab sebanyak 1-2m)

-memulangkan hasil setelah badan selesai memproses data dan bergantung kepada jenis data yang ingin dipulangkan oleh body
-static void subAturcara() {} = tidak memulangkan data dan hanya memulangkan kawalan kerana jenis void digunakan
-static int subAturcara() {}= memulangkan data integer kerana jenis data int digunakan
-static double subAturcara() {}= memulangkan data double kerana jenis data double digunakan
-static string subAturcara() {}= memulangkan data string kerana jenis data string digunakan

Nama subatur cara

-diberi oleh pengatur cara

*Kalau soalan minta cari nama subatur cara, perhatikan perkataan di hadapan () (1m)

Bekas parameter

- simbol () digunakan jika parameter kosong
-Contoh: (String [ ] args) 
- mempunyai parameter tatasusunan string dengan nama args

Parameter

Maksud parameter (3m)

  • pemboleh ubah yang membolehkan subatur cara menerima nilai daripada pemanggil
  • dan diterima oleh prosedur dan fungsi yang dipanggil
  • terbahagi kepada dua jenis iaitu parameter rasmi dan parameter sebenar
Parameter rasmi: parameter subatur cara
Parameter sebenar: pemboleh ubah dalam subatur cara pemanggil

Pengisytiharan parameter:

- sama seperti pengisytiharan pemboleh ubah
- dalam kurungan bekas parameter
- dilakukan semasa pentakrifan subatur cara

Jenis subatur cara (Mungkin tanya jenis subatur cara berdasarkan gambar (1m))

  1. Fungsi (ada perkataan return)
  2. Prosedur

Fungsi vs Prosedur ( boleh ditanya dalam bentuk perbandingan/ nyatakan ciri sebanyak 1-2m)

Fungsi-fungsi utiliti dalam java ( biasanya minta calon untuk menulis output berdasarkan fungsi sebanyak 1-2m)


* math.pow( ) (1m)

- memulangkan nilai kuasa sesuatu nombor yang dihantar oleh parameter
Contoh:
math.pow( 5,2); [memulangkan 25]

Jom kita tengok contoh-contoh soalan


Kenal pasti baris kenyataan:
a) Subatur cara main(): (bahagian awal kod java yg mengandungi perkataan public static void)
- baris 2 hingga 7

b) Definisi paparJumlah: (AYAT di mana program paparJumlah mula dilaksanakan)
- baris 9

c) Panggilan paparJumlah: (AYAT di mana program paparJumlah ditulis dalam subaturcara main)
- baris 6

d) Subatur cara pemanggil (bahagian awal kod java yg mengandungi perkataan public static void)
- baris 2 hingga 7

e) Subatur cara dipanggil (bahagian awal kod java yg mengandungi program paparJumlah)
- baris 9 hingga 12


Terangkan perkaitan kod baris (9) dengan subatur cara KiraPurata. (3m)

Atur cara akan memanggil fungsi menghantar nilai kiraPurata dengan markOne

Fungsi kiraPurata menerima nilai markOne=82 dan melakukan proses kira purata (82+94)/2=88. Nilai 88 akan dipulangkan ke fungsi main.

Pemboleh ubah purata akan menerima nilai yang dipulangkan oleh fungsi kiraPurata untuk dipaparkan.

1.7 Pembangunan aplikasi

Fungsi kitar hayat pembangunan sistem(2m)
-menjelaskan tentang proses merancang,mereka bentuk,menguji dan mengimplementasi sesuatu aplikasi
-mengesan status bagi penyempurnaan projek tersebut

Methodologi Umum SDLC (1-3m)
- Modal air terjun (sebagai modal pembangunan aplikasi terawal)
- Modal Rad
- Modal Lelaran
- Modal Lingkaran
- Modal Tangkas
- Modal Hibrid

Setiap fasa dalam SLDC (5m)

Fasa Analisis Masalah

Kepentingan(2m)
-mengenal pasti data input,proses untuk mengubah nilai data kepada maklumat
-paparan output maklumat setelah proses

Kaedah yang digunakan (2m)
-temu bual
-soal selidik

Proses(3m)
  1. Tentukan penyelesaian yang dihendaki
  2. Kenal pasti formula untuk menghasilkan output
  3. Kenal pasti input bagi formula

Carta IPO(3m)
*Biasanya akan keluar situasi dan minta calon untuk menulis input, proses dan output


Fasa reka bentuk penyelesaian

algoritma(1m) : langkah awal penyelesaian masalah

Format/bentuk (2m)
-psudokod
-carta alir

Reka bentuk logikal vs reka bentuk fizikal

Fasa pelaksanaan penyelesaian

Tujuan: mengubah reka bentuk kepada program yang akan dipasang dan bersedia melaksanakan penyelesaian

Pengekodan (1-2m): Memerlukan Bahasa Pengaturcaraan seperti Java, Javascript
                                   Mengubah spesifikasi program kepada kod sumber

Pengkompilan: Proses menukar kod pengaturcaraan kepada kod boleh laksana

Tips mengingati
Reka bentuk --------> program -----------------> kod ---------------------> kod boleh laksana
                      (tujuan)                (pengekodan)         (pengkompilan)

Fasa uji dan nyah ralat

Kata kunci: fasa selepas kod arahan ditulis (1m)

Tujuan fasa tersebut (2-4m)

- memastikan semua keperluan dipenuhi
- memastikan semua pengekodan berfungsi seperti yang dihendaki
- mengesan ralat yang tercicir
- memastikan semua modul berfungsi apabila digabungkan

Fungsi semakan kod(1-2m): merujuk log yang dipapar untuk membetulkan dan membuang ralat

Jenis-jenis semakan (3m)




Fasa dokumentasi

Terangkan fasa tersebut (2m) 
- mengutip dan mengumpulkan data,mengumpulkan maklumat dan ringkasan seperti laporan pengujian yang dijalankan
-penting untuk rujukan pengguna sistem, pengawai IT dan kakitangan baharu

Bab 2 Pangkalan data

2.1 Pangkalan data hubungan

Maksud data (2m) : 

- himpunan fakta mengenai sesuatu benda,kejadian,orang atau entiti yang terdiri daripada perkataan, angka, gambar
- data menjadi fakta bermakna atau tidak bermakna sehingga diproses

Contoh: markah ujian bulanan

Maksud maklumat (2m):

-hasil proses pengumpulan, pemprosesan dan penganalisis data untuk membuat keputusan
-maklumat yang dihasilkan lebih bermakna dan mdah untuk difahami

Contoh: purata markah ujian bulanan



Maksud Pangkalan data (2m):

- satu koleksi data yang disimpan dalam format piawaian dan direka khursus supaya mampu berkongsi data dengan banyak pengguna

Evolusi pangkalan data (3m):

1)sistem pemprosesan manual
2)sistem pemprosesan fail
Simpanan menggunakan fail mempunyai banyak kekurangan (3m)
-sukar mencapai data diperlukan dalam masa singkat
-banyak salinan yang serupa
-sukar mengemaskinikan data

3)sistem pangkalan data
Ciri-ciri sistem pangkalan data yang moden
- Jadual berdasarkan hubungan
- Kurang pertindahan
- Keselamatan
- Pelbagai paparan

Contoh persekitaran yang menggunakan pangkalan data (2-4m)


Kualiti/ciri-ciri simpanan data (3m)

Integriti data

Maksud (2m): Kesempurnaan, ketepatan dan kesahan data serta merujuk kepada ketepatan data yang sah melalui keseluruhan kitar hayat data

Untuk memastikan integriti data:
1) input mesti tepat
2) memathui peraturan yang telah ditetapkan

Jenis integriti (3m)
1) Integriti entiti -Jadual mempunyai sekurang-kurangnya satu atribut data yang unik untuk setiap rekod
2) Integriti rujukan - Rekod-rekod dari dua jadual yang berbeza dihubungkan melalui perkongsian atribut data yang sama
3) Integriti domain - Atribut-atribut dalam jadual betul dengan berasaskan domain masalah

Kepentingan integriti data
- elak data korup
- data korup - data yang terubah secara tidak sengaja
- Elak perubahan tidak sengaja pada maklumat

Ketekalan data

- Maksud(1m) : konsistensi atau keseragaman data yang mempengaruhi kebolehpercayaan data
- proses kemas kini salinan data di semua lokasi simpanan perlu dilakukan dengan rapi

Kepentingan ketekalan data(2m)
- memastikan data boleh dipercayai
- memastikan tiada isu data yang sama berulang

Kelewahan data

Maksud(1m) : pertindihan data yang berpunca daripada salinan data yang berulang di lokasi yang berlainan

Kesan jika tidak diatasi
-menggunakan lebihan sumber simpanan komputer
-kemaskini memakan lebih banyak masa dan mungkin tidak menyeluruh
-data menjadi korup
-pangkalan data menjadi kurang efisien

Tujuan elak kelewahan
-Elak pertambahan saiz pangkalan data
-Elak data tidak konsisten
-Elak data tidak efisien
-Elak data menjadi korup

Model pangkalan data

- penyusunan secara konsepsual sesuatu pangkalan data dan cara mentakrif dan menggunakan data dalam pangkalan data

Jenis modal pangkalan data(4m) (juga boleh minta calon untuk menentukan jenis modal berdasarkan ciri yang diberi)

Modal hierarki

-Modal terawal yang menggunakan struktur pepohon untuk menyusun rekod
- Tidak sesuai untuk hubungan banyak induk ke banyak anak 
- Hanya sesuai untuk hubungan satu induk ke satu anak (1m)

Modal rangkaian

-terdiri daripada pelbagai jenis rekod (1m)
-mengatasi kelemahan/ketidakbolehan struktur hierarki
-sukar menambah hubungan baharu

Modal hubungan

-disusun dalam jadual yang terdiri daripada lajur dan baris
-selalu diguna kerana mudah dibina, digunakan dan diuruskan
-struktur pangkalan data tidak dinyatakan terlebih dahulu

Modal berorientastikan objek

-kaedah baharu dalam pengurusan data
- menyimpan takrifan kelas objek dan hubungan
- prestasi pencarian yang terbaik kerana sesuai untuk pangkalan data yang memerlukan hubungan kompleks

Entiti

- objek unik yang boleh dikenal pasti dalam sesuatu persekitaran
- mempunyai data deskriptif yang boleh dikutip dan disimpan (1m)
- setiap jadual mewakili satu entiti, setiap rekod mewakili kejadian satu entiti


Kelas entiti mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut
- Kelas tersebut dilindungi
- Kelas tidak boleh diisytiharkan akhir
- Entiti melanjutkan kedua-dua entiti

Atribut

- data deskriptif sesuatu entiti
- menerangkan ciri-ciri entiti

Hubungan

-perkaitan antara dua entiti



Set hubungan

- koleksi sepasang entiti objek dan objek yang mempunyai hubungan yang sama
- melibatkan dua entiti

Entiti pertama: pelaku melaksanakan hubungan tersebut ke atas entiti kedua
Entitit kedua: menerima kesan daripada hubungan itu


Kekardinalan

- merujuk kepada perhubungan antara entiti
-kekardinalan merujuk hubungan antara rekod-rekod dalam satu jadual kepada rekod-rekod dalam jadual yang lain

Jenis kekardinalan (wajib ditulis semasa melukis ERD)

*ayat dalam contoh boleh ditulis sebagai jawapan jika soalan minta tulis ciri hubungan untuk ERD yang diberi

Sila merujuk video tersebut untuk mengetahui cara menjawab soalan kekardinalan
Credit to : Cikgu Amir Mat Ali

2.2 Pangkalan data hubungan


Kunci primer (1m) : atribut dengan nilai yang unik untuk mewakili setiap baris rekod dalam sesebuah jadual

Kunci hubungan : Nama atribut khusus dalam jadual untuk mengekalkan integriti data

Jenis kunci hubungan (2m)

Kunci primer ( ciri-ciri 2m)

-mempunyai nilai yang unik     (1)
-tidak boleh dibiar kosong     (2)
-nilai yang tetap   (3)
-tidak boleh mempunyai nilai yang sama  (4)

Tips mengingati: nilai unik(1) tak kosong (2) , nilai tetap(3) berbeza(4)

Kuncai asing

Fungsi(1m) : menghubungkan dua jadual dalam pangkalan data
- mengandungi nilai kunci primer dari jadual sasaran

Fungsi kunci primer (2-3m):

-Beri identiti unik bagi setiap rekod (1)
-Pastikan rekod tidak bertindih (2)
-Jadikan data lebih utuh (3)
-Jimat ruang stor komputer (4)
-Mudah proses carian dan capaian rekod (5)

Tips meningati: rekod unik(1) tak tindih(2) , utuh(3) jimat(4) mudahkan(5)

Terdapat beberapa perbezaan bagi kunci primer dan kunci asing
- Kunci primer tidak menerima nilai kosong manakala kunci asing menerima beberapa nilai kosong
- Hanya satu kunci primer didapati dalam satu jadual berbeza dengan kunci asing didapati banyak dalam satu jadual

Gambar rajah hubungan (ERD) (akan keluar bahagian B dan minta calon menulis ERD sebanyak 7-10m💥💥💥)

-teknik grafik yang memodalkan data yang mewakili persekitaran dalam struktur entiti,hubungan entiti dan atribut entiti

Langkah-langkah menulis ERD

-kenal pasti data yang diperlukan oleh sistem
-kenal pasti kumpulan untuk data
-kenal pasti perkaitan antara entiti

Fungsi ERD (3m)
- menguji modul yang dicipta dan membayangkan proses yang akan dilakukan
- menjelaskan hubungan antara data dalam pangkalan data berasaskan objek
- mendokumentasikan data yang ada dengan cara mengidentifikasi setiap entiti dan atribut

Pertimbangan dalam reka bentuk pangkalan data

-Mengandungi data yang lengkap dan diperlukan
-Memudahkan penyimpanan,pencarian dan pengemaskinian
-Menggunakan modal yang sesuai

Tips mengingati: DaLam MalaySia mudah 3P
D = data
L  = lengkap
M = modal
S  = sesuai
3P= penyimpanan,pencarian dan pengemaskinian

Skema hubungan (calon diminta menulis skema hubungan dalam format tertentu)


* kunci primer perlu dilukis garis lurus di bawah perkataan dan ditulis perkataan <KP> manakala kunci asing perlu dilukis garis putus-putus di bawah perkataan dan ditulis perkataan <KA>
* kunci asing tidak perlu dilukis dalam ERD

Jenis-jenis kebergantungan (3m)

Kebergantungan fungsi sepenuh (akan ditanya ciri sebanyak 1m)

- berlaku apabila atribut-atribut bergantung sepenuhnya kepada kesemua atribut kunci dalam jadual

Kebergantungan fungsi separa (akan ditanya ciri sebanyak 1m)

-berlaku apabila atribut-atribut bergantung kepada salah satu daripada atribut kunci dalam jadual

Kebergantungan fungsi tansitif (akan ditanya ciri sebanyak 1m)

-berlaku apabila atribut-atribut bergantung kepada atibut biasa yang lain dalam jadual

Penormalan

Maksud(1-2m): merupakan satu kaedah menganalisis jadual-jadual berasaskan atribut kunci dan kebergantungan fungsi dengan tujuan mengurangkan dulplikasi data dalam pangkalan data


Jadual baharu biasanya dalam bentuk 0NF , masih boleh berfungsi tetapi menyebabkan penyimpanan data lewah dan menjejaskan integriti data apabila kecuaian berlaku.
Terdapat 3 bentuk penormalan - 1NF, 2NF dan 3NF

Tujuan penormalan (3m)

- mengurangkan data kelewahan atau berlebihan untuk mengekalkan pangkalan data hubungan yang baik 
- mengatasi masalah anormali
- meningkatkan integriti data

Maksud Anormali(1m) - ralat yang mungkin berlaku apabila pengguna mengemaskini jadual yang mengandungi data berulang

Ciri 1NF (3m)

- lajur adalah atomik
*1 baris 1 data
- mempunyai kunci primer
- mempunyai kedua-dua kebergantungan fungsi sepenuh dan separa

Ciri 2NF (3m)

- telah mencapai 1NF
- Kebergantungan fungsi separa dihapuskan dengan sepenuhnya
- setiap satu jadual hubungan mempunyai atribut kunci
- Hanya kebergantungan fungsi sepenuh sahaja (kalau 3NF tidak wujud)
- Masih wujud kebergantungan fungsi transitif (Kalau 3NF wujud)
-Tulis contoh menggunakan maklumat yang ada dalam soalan

Sila merujuk video di bawah untuk mengetahui cara menjawab soalan penormalan
Credit to : Cikgu Amir Mat Ali

Contoh soalan-soalan KBAT yang mungkin ditanya

Contoh soalan SPM 2021

Berikan skema ternormal dan berikan justifikasi anda

Ingatlah bahawa aspek-aspek tersebut wajib diterangkan dalam huraian anda


2.3 Pembangunan pangkalan data hubungan

Pangkalan data : koleksi brsepadu bagi rekod data,fail ataupun objek-objek pangkalan data
Contoh/Perisian DBMS (3m) :Microsoft Access, Microsoft SQL, MySQL

Aktiviti-aktiviti pembangunan pangkalan data hubungan (3m)
  1. Membina pangkalan data
  2. Membina jadual (1m)
  3. Mengisi jadual
  4. Mewujudkan hubungan (1m)
  5. Membina dan mengisi borang
  6. Menyunting rekod
  7. Membina carian 
  8. Membina laporan (1m)
Fungsi borang(3m)
-memaparkan data daripada jadual pangkalan data melalui susun atur yang lebih mudah difahami
-mengutip data untuk disimpan sebagai rekod dalam susun atur yang lebih mudah
-mengesahkan data melalui ciri-ciri borang

Langkah menghasil borang (3m)
1)klik jadual (nama jadual) ,klik tab "Create"
2)Pilih Form Wizzard
3)Tentukan medan yang ingin dipilih atau pilih semua field dari jadual (nama jadual)



Jadual (1m) - objek utama dalam pangkalan data yang menyapan sekumpulan data sejenis dalam sebuah objek

Query(1m) - carian yang memaparkan Nama, ID_Pengguna dan pilihan kepada atribut dalam sistem pangkalan data yang dibina

Query Wizzard (1m) - query dihasilkan berpandukan arahan dalam tetingkapdialog Microsoft Access

Query Design - query dihasilkan dengan menggabungkan jadual-jadual dan memilih atribut-atribut yang ingin dipamerkan dalam panel query

(perlu faham semua butiran dalam query design kerana soalan akan minta calon untuk mengisi maklumat berdasarkan syarat yang diberi, biasanya keluar 3-4m) 

Hasilkan paparan mengikut reka bentuk query yang dinyatakan (3m)
Contoh jawapan



Laporan menerbitkan data dalam format yang lebih mudah supaya
- menghasilkan laporan untuk mesyuarat
- membantu organisasi membuat keputusan
- membantu dalam penerbitan

Langkah menjana laporan
  1. Klik query yang ingin digunakan pada panel "All Tables".
  2. Daripada bar menu, pilih tab "Create", klik ikon "Report".
  3. Laporan akan dijana secara automatik.
  4. Jika perlu, persembahan laporan ini boleh diubah secara manual dalam Design View.


 Contoh laporan (calon akan diminta untuk melukis laporan berdasarkan maklumat yang diberi)


Macro (ingat ikon makro)

Maksud Macro (1m) - siri arahan Microsoft Access yang dilaksanakan secara automatik apabila suatu data dimasukkan

Fungsi (2m)
- memudahkan automasi pangkalan data
- memudahkan interaksi dengan pengguna

Borang (calon akan diminta untuk melukis borang dan mengisi maklumat)

Mencipta dan menggunakan switchboard 

Switchboard(1-2m) - sistem antara muka bagi Microsoft Access yang menggabungkan borang, laporan, query dan lain-lain komponen Access dalam  antara muka yang lebih mesra pengguna

Langkah-langkah menyunting Switchboard(4m)
-Tekan butang ikon switchboard
-Pilih switchboard yang ingin disunting
-Tekan butang edit
-Tekan butang new untuk menambahkan item baharu

Contoh swithcboard ( Calon akan diminta untuk melukis switchboard berdasarkan maklumat yang diberi)



Antara muka grafik pengguna(1m) - pengguna boleh melakukan tindakan dengan memanipulasikan unsur-unsur grafik

Tiga aspek yang perlu dipertimbangkan dalam penghasilan sistem antara muka
- setelah memasuki pengkalan data,pengguna boleh meninjau baris-baris data melalui borang yang bersesuaian. Jika perlu, pengguna boleh mengemaskinikan, membetulkan, menambahkan atau menghapuskan rekod
- membantu pengguna menghasilkan laporan-laporan yang bersesuaian
- Pengguna dapat keluar selepas perubahan dibuat telah disimpan. Ciri seperti butang memudahkan pengguna bernavigasi pengguna bernavigasi dan melaksanakan tugasan.


Perkara dalam dokumentasi

a) Nama pangkalan data - butiran seperti tarikh, versi ,pemilik dan pengguna pangkalan data

b) Objektif pangkalan data - gunakan teknik-teknik seperti soal selidik,temu bual, bengkel, pemerhatian dan kajian dokumentasi daripada vendor  atau persekitaran organisasi

c) Rajah alir data - Kenal pasti bentuk data dan arus data

d) Kamus data - katalog bagi semua atribut untuk digunakan dalam pangkalan data. Model data sebagai asas untuk menyediakan model konsep dan skema hubungan

e) Spesifikasi entiti dan atribut - Hasilkan jadual yang merumuskan entiti dan atribut yang dikenal pasti

f) Model konsep: Buat analisis dan lukis pemerhatian dalam ERD. ERD menunjukkan entiti, atribut dan perhubungan antara entiti

g) Reka bentuk logikal - Tunjuk spesifikasi dalam bentuk skema hubungan yang ternormal

h) Jadual hubungan ternormal dan sampel data: Jadual-jadual hubungan berasaskan skema hubungan dan mengandungi data-data contoh

i) Reka bentuk query,borang dan laporan
-Untuk query, lakaran menunjukkan atribut-atribut daripada jadual yang berasingan dan kriteria
yang digunakan untuk memilih data yang ingin dipamerkan.
-Untuk borang, lakaran menunjukkan bentuk atau rangka untuk memudahkan pengguna
menyunting, memasukkan atau melihat data.
- Untuk laporan, lakaran menunjukkan bentuk cetakan dengan memasukkan atribut-atribut
tertentu, ouput pengiraan, tajuk, graf, gambar rajah dan maklumat-maklumat tambahan.

2.4 Pembangunan sistem pangkalan data


Bab 3 Interaksi Manusia dan komputer

3.1 Reka bentuk interaksi

Maksud Reka bentuk(1m) - susun atur teks, gambar,butang dan menu dalam sesuatu produk
Cara mengingati : ToGether BM
T: teks
G: gambar
B: butang
M: menu

Maksud Interaksi(1m) - tindakan manusia semasa menggunakan produk tersebut

Prinsip yang boleh dirujuk semasa membangun aplikasi (1m): Prinsip asas reka bentuk interaktif

Jenis prinsip asas reka bentuk interaktif (5m) (Calon akan ditanya dari segi penerangan/ menentukan prinsip berdasarkan situasi yang diberi)

1) Konsistensi (2m)
- semua elemen perlu kekal pada kedudukan yang sama supaya pengguna berasa selesa menggunakan aplikasi
- jika dialihkan fokus pengguna terganggu

Fungsi(1m): memastikan pengguna selesa dan tidak hilang fokus
Kata kunci: memudahkan pembacaan dan penggunaan

2) Kebolehan membuat pemerhatian (2m)
- Penunjuk atau butang interaksi perlulah mudah dikenal pasti
- Pengalaman pengguna yang terbaik adalah apabila pengguna 

Kata kunci: mengklik apa di hadapan mereka
                    saiz warna dan bentuk ikon dan teks sesuai

3) Boleh dipelajari (1m)
- Reka bentuk interaksi sepatutnya mudah dipelajari dan diingati

Kata kunci: faham navigasi dan ikon

4) Kebolehan untuk menjangka (2m)
- Reka bentuk interaksi yang baik dan berkesan dapat membuatkan pengguna membuat jangkaan perkara yang akan berlaku dalam alirn proses aplikasi tersebut sebelum pengguna menggunakan aplikasi tersebut
- Berkait rapat dengan pengetahuan sedia ada pengguna

Kata kunci: ikon, butang, grafik yang mudah dijangka

5) Maklum balas (3m) 
- memberikan gambaran sebenar reka bentuk interaksi dan maklumat mengenai hasil reka bentuk interaksi tersebut
- mereka bentuk menggunakan maklum balas untuk melakukan penambahbaikan pada reka bentuk yang akan dihasilkan
- Contohnya : simbol dan indikator pada mesej yang sudah dibaca

Penambahbaikan (soalan KBAT) (calon akan diminta memberi cadangan pada penambahbaikan aplikasi yang diberi)
- menukar bahasa kepada beberapa bahasa utama di dunia
- menukar saiz tulisan
- mempunyai pecahan supaya pengguna mencari item dengan mudah


CONTOH SOALAN KBAT



Terangkan 3 prinsip reka bentuk interaksi yang tidak memuaskan hati pelanggan dan berikan 3 cadangan penambahbaikkan dari aplikasi itu.

Panduan menjawab
1) Terangkan jawapan
2) Guna Teori yang dipelajari (mesti spesifik dan berkaitan dengan soalan x boleh umum)
3) Kesan daripada pendapat sendiri
4) Beri cadangan yang relevan dengan soalan





Kenapa interaksi antara manusia dan komputer diperlukan (6m)
-mendapat permintaan dalam pasaran
-meningkatkan produktiviti (akan ditanya huraian sebanyak 1m)
  • menukar input kepada output yang berguna
-mengurangkan kos lepas jualan (akan ditanya huraian sebanyak 1m)
  • mengurangkan kos penyelenggaraan dan susut nilai produk
-mengurangkan kos pembangunan
-membangkitkan aktiviti dan menambahkan pengalaman manusia
- pengkomputeran sosial (akan ditanya huraian sebanyak 1m)
  • Pengguna dapat berinteraksi dengan pengguna lain dengan menggunakan teknologi komputer
Antara kaedah menilai produk (1-2m)
- temu bual
- pemerhatian
- soal selidik
- perbincangan ahli kumpulan
- refleksi

Skala Likert
Fungsi(1m) : bertujuan untuk melihat sejauh mana persetujuan pengguna terhadap produk yang dibangunkan

Skala Guttman
Fungsi (1m): bertujuan mendapatkan data yang jelas, tegas dan konsisten

3.2 Paparan Reka Bentuk Skrin

Proses reka bentuk interaksi (4m)

1) Mengenal pasti keperluan Interaksi
- Keperluan , aspirasi dan jangkaan pengguna perlu dibincangkan, dihalusi, dijelaskan 
-Kaedah yang digunakan (2m)
  • temu ramah
  • kajian tindakan
  • maklum balas
  • tinjauan
  • pemerhatian kumpulan sesaran
2) Membangunkan reka bentuk alternatif
-Reka bentuk alternatif ialah cadangan beberapa idea reka bentuk yang berbeza namun masih dapat menterjemahkan dengan tepat akan keperluan yang telah dikenal pasti pada proses yang pertama.
-pengunaan papan cerita(1m)  : diperlukan untuk memahami aliran kerja produk yang akan dibangunkan

Dibahagikan kepada dua sub komponen
Reka bentuk konsep
- penghasilan model konsep untuk produk

Reka bentuk fizikal
- butir-butir terperinci termasuklah warna audia,imej,reka bentuk menu dan ikon

Contoh reka bentuk alternatif (calon akan diminta untuk melukis reka bentuk alternatif )
Skema pemarkahan 
Tajuk - 1m
Login/Logout - 1m
Hantar/output - 1m
Butang mudah difahami - 1m
Butang mengenai maklumat - 1m

3)Membina prototaip interaksi
- Prototaip interaksi ialah gambaran awal bagi produk yang ingin dibangunkan untuk membolehkan produk tersebut dikaji dan diuji

Contoh prototaip / antara muka (calon akan diminta untuk melukis prototaip/antara muka)


Prototaip mempunyai beberapa fungsi (2-4m)
- sebagai permulaan untuk membina sesuatu paparan dan reka bentuk skrin
- sebagai artifak membolehkan pereka bentuk mengkaji masalah pada prototaip tersebut
- sebagai artifak menyelesaikan masalah yang terdapat pada prototaip tersebut
- sebagai contoh untuk menghasilkan paparan yang lebih baik

4) Membuat penilaian reka bentuk produk
- penilaian ialah proses menentukan kebolehgunaan dan penerimaan produk oleh pengguna

Penilaian diukur dalam pelbagai kriteria
- bilangan kesilapan yang dilakukan oleh pengguna
- menarik atau tidak
-sepadan atau tidak produk dengan keperluan

Terdapat beberapa masalah yang akan timbul apabila reka bentuk tidak diberikan perhatian(3m)
- mengurangkan kadar produktiviti
- meningkatkan masa untuk pengguna mempelajari sesuatu sistem
- meningkatkan kadar ralat


Lihat juga blog saya untuk ujian lisan

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4
Part 5

Part 6


The Evolution of Computer Science

The Evolution of Computer Science: From Ada Lovelace to Artificial Intelligence The field of computer science has come a long way since Ada ...