Morfologi dalam Bahasa Melayu
Morfologi adalah bahagian pertama dalam kertas dua subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Ia adalah bahagian yang sangat penting untuk membantu calon mencapai keputusan cemerlang. Dengan memahami dan menguasai morfologi secara menyeluruh, calon boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan markah tambahan yang berharga dalam peperiksaan ini. Jadi, berusahalah dengan gigih dalam bahagian ini kerana ia memberikan peluang untuk meraih kejayaan lebih besar.
Kata Terbitan
Maksud: Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan.
Kata Nama Terbitan
Maksud: Imbuhan ditambah pada sesuatu kata nama
Contoh: pelari, pembawa, pelajar
Kata Kerja Terbitan
Maksud: Imbuhan ditambah pada sesuatu kata kerja
Contoh: membawa, menyanyi, diperoleh
Kata Terbitan Berimbuhan Awalan
Maksud: Imbuhan ditambah pada awal perkataan sahaja
Contoh: penutup, penyanyi, ketua
Kata Terbitan Berimbuhan Akhiran
Maksud: Imbuhan ditambah pada akhir perkataan sahaja
Contoh: rujukan, tambahan, pinjaman
Kata Terbitan Berimbuhan Apitan
Maksud: Imbuhan ditambah pada awal dan akhir perkataan
Contoh: memperdengarkan, mempengaruhi, diperkatakan
Kata Terbitan Berimbuhan Sisipan
Maksud: Proses penyisipan imbuhan dalam kata dasar
Contoh: sinambung (sambung), gerigi (gigi), sabut (serabut)
Jom Membuat Latihan-latihan Tersebut
Sebelum meneruskan pidato ini, saya terlebih dahulu akan menjelaskan maksud perkataan yang menjadi mauduk pidato saya. Bilik darjah bermaksud bilik atau tempat untuk belajar, manakala masa hadapan pula merujuk gambaran tentang kehidupan kita pada masa akan datang. Pengajaran berkesan pula bermaksud proses terancang yang menyediakan dan mewujudkan suasana yang sihat bagi menggalakkan murid untuk terus belajar. Ringkasnya bilik darjah masa hadapan ialah bilik darjah yang memenuhi keperluan generasi masa hadapan.
Sila mencari 4 kata terbitan daripada petikan di atas
1) -
2) -
3) -
4) -
Boling padang merupakan sukan yang digemari di negara-negara Komanwel. Permainan ini memerlukan beberapa biji bola asimetri yang dipanggil bowl, bola kayu kecil berwarna putih atau kuning yang dinamakan jack, pita pengukur dan tikar. Gelanggang boling padang dikenali sebagai green. Terdapat tiga jenis gelanggang, iaitu gelanggang yang ditanam dengan rumput asli dan rumput tiruan berada di kawasan luar, manakala gelanggang berkarpet berada di dalam dewan. Gelanggang luar dikelilingi parit yang mengandungi pasir halus dan tebingnya diperbuat daripada kayu atau konkrit serta dilapik dengan karpet atau getah supaya tidak memberikan lantunan yang kuat. Permainan ini memerlukan strategi dan fokus yang tinggi kerana bola akan bergerak serong. Melalui boling padang, kecergasan badan dapat ditingkatkan kerana setiap leretan memerlukan banyak pergerakan fizikal. Sukan Komanwel merupakan pentas gemilang bagi acara ini kerana boling padang tidak dipertandingkan pada peringkat Sukan Olimpik.
Sila mencari 4
1) Kata terbitan awalan
-
-
-
-
2) Kata terbitan akhiran
-
-
-
-
3) Kata terbitan sisipan
-
-
-
-
4) Kata terbitan apitan
-
-
-
-
Kata Ganda
Maksud: Perkataan yang mengulangi kata dasar dan diletakkan sempang (-) untuk membawa maksud banyak
Kata Ganda Penuh/Kata Ganda Penuh Tunggal
Maksud: Kata yang menggandakan kata dasar secara menyeluruh
Contoh: Murid-murid, Guru-guru, Buku-buku
Kata Ganda Separa
Maksud: Kata yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja
Contoh: Jejentik, lelangit, pepohon
Kata Ganda Berimbuhan
Maksud: Kata yang menggandakan kata dasar dan ditambah imbuhan
Contoh: Bantu-membantu, Tolong-menolong, Hormat-menghormati
Kata Ganda Penuh Berimbuhan
Maksud: Kata yang menggandakan kata berimbuhan secara menyeluruh
Contoh: Amalan-amalan, persatuan-persatuan, kumpulan-kumpulan
Kata Ganda Berentak Pengulangan Vokal
Maksud: Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi dan mengandungi huruf vokal yang sama
Contoh: kuih-muih (pengulangan ui), lauk-pauk (pengulangan au)
Kata Ganda Berentak Pengulangan Konsonan
Maksud: Pengulanggan kata dasar mengikut rentak bunyi dan mengandungi huruf konsonan yang sama
Contoh: kayu-kayan (pengulangan ky), warna-warni (pengulangan wrn)
Kata Ganda Berentak Pengulangan Bebas
Maksud: Pengulanggan kata dasar mengikut rentak bunyi secara bebas tanpa mengikut urutan atau jarak yang tetap di antara kedua-dua perkataan itu
Contoh: riuh-rendah, ulang-alik, saudara-mara
Jom kita menjawab soalan-soalan di bawah
Latihan 1
Dalam perikan di bawah sila mencari 2 kata ganda separa dan 2 kata ganda penuh
RIMUP ialah program Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 1986 lagi. Melalui program ini, KPM menyediakan peluang kepada murid berbagai-bagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang.Pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan setiap tahun oleh pihak sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut merangkumi lima elemen, iaitu akademik, khidmat masyarakat, jati diri dan patriotism, kebudayaan dan kesenian serta sukan dan permainan. Murid-murid diharapkan dapat bantu-membantu dan bahu-membahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan segala yang dirancang.
Kata ganda separa
-
-
Kata ganda penuh
-
-
Latihan 2
Dalam perikan di bawah sila mencari 2 kata ganda separa tunggal dan 2 kata ganda berimbuhan
Funtusy House Trick Art mempunyai 26 jenis lukisan tangan yang mampu menghasilkan gambar seakan-akan objek hidup. Pelancong yang datang memuju-muji keindahannya selain turut sempat mengabadikan foto berlatarbelakangkan lukisan mural yang terdapat di situ untuk dijadikan kenang-kenangan. Rata-rata pengunjung yang datang berpuas hati dan kagum akan kehalusan seni yang dihasilkan. Menurut salah seorang pelukis mural, lukisan yang terhasil mengimbau kenangan ketika kanak-kanak. Eric Lai yang aktif melukis mural sejak 4 tahun yang lalu telah menghasilkan kira-kira 70 buah karya di sekitar bandar Ipoh.
Kata ganda separa tunggal
-
-
Kata ganda berimbuhan
-
-
Lihat juga blog saya untuk ujian lisan
No comments:
Post a Comment